All Stars Gegar Vaganza: Aliff Aziz tersingkir pada peringkat suku akhir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: astrogempak/Instagram
SHAH ALAM: Berada di kedudukan tercorot minggu kesepuluh, Aliff Aziz, gagal menempah tempat pada minggu separuh akhir apabila diumumkan tersingkir pada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pada Ahad (26 Nov).
Mendapat markah sebanyak 55.75, Aliff yang membawakan lagu 'Cindai' dan 'Gambus Jodoh', gagal menawan hati barisan juri meskipun sudah mencuba sedaya upaya menyajikan persembahan yang menarik.
“Saya sangat berbesar hati diberi peluang bertanding selama 10 minggu.
“Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata positif dan semangat selama ini,” katanya, dipetik daripada agensi berita Utusan Malaysia.
Sementara itu, kedudukan teratas diumumkan menjadi milik penyanyi Naqiu yang juga juara GV musim keenam selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.
Tempat kedua pada konsert minggu ini pula menjadi milik penyanyi Hady Mirza manakala juara musim kesembilan, Jaclyn Victor pula berada di tangga ketiga.
Penyingkiran tersebut sekali gus menyaksikan Naqiu, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina dan Jaclyn Victor berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir minggu depan.
Sementara, Siti Nordiana dan Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.
Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim dan Noryn Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan GV10.
Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.
Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 (S$58,120)beserta trofi sumbangan Astro.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.