Aliff Syukri yakin ramai tak sabar dengar lagu duet bersama Caprice
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/@Aliffsyukri
KUALA LUMPUR: Usahawan sensasi, Aliff Syukri menyambut baik hasrat penyanyi rap, Caprice untuk berduet sekali gus menghasilkan satu single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, usahawan berusia 35 tahun itu memuat naik video memaparkan mereka sibuk melakukan perbincangan ketika berada di sebuah studio rakaman, seperti dinukil daripada ohmymedia.
Aliff berkata, beliau yakin orang ramai teruja menanti untuk mendengar lagu dipercayai berkonsepkan semangat kenegaraan itu apatah lagi pernah mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia.
“Komen jujur 'please' suara saya merdukan...pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,” tulis Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman.
Sementara itu, beliau turut berkongsi beberapa video InstaStory memperlihatkan di sebalik tabir pembikinan muzik video (MV) bagi lagu berkenaan, lapor ohmymedia.
Sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuji fenomena lagu Swipe nyanyian Alyph duet bersama usahawan kosmetik, Seri Vida sehingga menjadi siualan ramai di media sosial.
Walau bagaimanapun, beliau meletakkan syarat tiada adegan membabitkan aksi ‘menyotong’ sekiranya Aliff ingin berkolaborasi dengannya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.