Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Syukri takut diboikot setelah ambil Ira Kazar sebagai model

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Syukri takut diboikot setelah ambil Ira Kazar sebagai model

(Gambar: aliffsyukriterlajaklaris/Instagram)

MALAYSIA: Gara-gara memilih Ira Kazar sebagai model terbaharunya, usahawan sensasi Aliff Syukri hebat dikecam.

Ini membuat Aliff, atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, tampil menjelaskan bahawa dia tidak menyokong mana-mana pihak dalam kemelut rumah tangga pengarah Syamsul Yusof yang membabitkan Ira dan pelakon Puteri Sarah Liyana.

mStar melaporkan Aliff baru-baru ini memuat naik InstaStory yang menujukkan Ira sedang menjalani sesi penggambaran sambil menggayakan tudung. Ira juga ditampilkan dalam satu video promosi produk gincu usahawan itu, menurut mStar.

"Saya ini tak sokong mana-mana pihak. Saya tak sokong Ira dan tidak juga menyokong Puteri Sarah," tegas Aliff sambil menambah bahawa dia juga pernah menjadikan Puteri Sarah sebagai model tudung keluarannya.

Aliff juga memohon supaya orang ramai tidak memboikot produk keluarannya selepas ada dalam kalangan pembeli meluahkan rasa kurang senang terhadap keputusannya memilih Ira sebagai model.

"Saya hanya fokus pada bisnes saya sahaja. Jadi kepada anda, janganlah unfollow saya... jangan sampai tak beli produk saya," rayunya seperti yang dinukil mStar.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan