Aliff Syukri mohon maaf, beri keterangan hampir 5 jam
(Gambar: BERNAMA)
CYBERJAYA: Usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman hari ini (26 Apr) memberi keterangan hampir lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikatakan kontroversi.
Beliau dengan memakai kot kelabu serta berseluar hitam tiba di MCMC pada pukul 9.58 pagi dan keluar pada pukul 2.41 tengah hari.
Ditemui wartawan usai memberi keterangan, Aliff Syukri memohon kemaafan daripada masyarakat yang tersinggung dengan video berkenaan dan meminta supaya tidak melibatkan keluarganya dalam perkara itu.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada MCMC kerana memberi layanan yang baik. Saya mohon maaf kepada semua masyarakat yang tersinggung dengan lagu dan video saya," katanya.
Klip video raya berkenaan memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut, mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.