Aliff Aziz, Ruhainies mohon maaf, mahu jelaskan perkara sebenar bagi elak salah faham
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terpalit dengan kontroversi didakwa berkhalwat pada awal pagi Jumaat (8 Mac) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial masing-masing.
Kedua-dua pelakon itu memaklumkan mereka akan memberikan keterangan kepada umum mengenai kejadian sebenar untuk mengelakkan timbulnya lebih banyak salah faham.
"Terdapat banyak spekulasi dan laporan berlebihan dengan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah.
"Seharusnya keadaan yang dapat dielakkan akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi," ujar suami kepada selebriti Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu (9 Mac).
Menurut Aliff lagi, tujuan dirinya ingin membuat keterangan "bukan untuk menegakkan benang yang basah", sebaliknya sekadar berkongsi kepada pihak yang ingin mendengarnya.
"Selebihnya saya mohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua," tulisnya.
Sementara itu, Ruhainies melalui catatan di Instagram berkata, terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat tersebar di media sosial mengenai kes membabitkan dirinya dengan Aliff.
"Walau bagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi. Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham," katanya.
Pada Sabtu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan mengesahkan penangkapan pasangan selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di Kuala Lumpur pada malam Jumaat (7 Mac).
Jawi menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan penahanan pasangan artis berstatus suami orang dengan seorang pelakon wanita seperti dilaporkan media Malaysia sejak awal pagi Sabtu, lapor Sinar Harian.
Pada Jumaat, seorang artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan.
Selebriti lelaki tersebut dikatakan pernah bercerai sebelum rujuk dengan isterinya semula.
Bahkan berita tersebut turut disahkan oleh adik ipar kepada selebriti lelaki berkenaan.
Menurut laporan itu, Jawi terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas suspek enggan membuka pintu unit berkenaan.
Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguatkuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit, lapor Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.