Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz rasa kelu; kemenangan GV8 tidak dijangkakan

Bergelar juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz secara jujurnya tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz rasa kelu; kemenangan GV8 tidak dijangkakan
Diterbitkan : 24 Jan 2022 11:13AM Dikemas Kini : 24 Jan 2022 11:15AM

KUALA LUMPUR: Bergelar juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz secara jujurnya tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Aliff sebaliknya lebih bersyukur dengan apa yang telah disusun Allah SWT sepanjang 10 minggu beliau memasuki GV.

“Semua orang sudah buat terbaik, saya sangat gembira. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah susun jalan ini untuk Aliff,” katanya.

Tambah Alif, beliau juga seolah-olah hilang ‘kata-kata’ sebaik mengetahui keputusan yang diumumkan.

“Bukan Aliff nak kata saya hebat ke tak, if Allah nak pilih orang lain boleh saja. Ramai lebih hebat.

“Aliff hanya buat terbaik, mungkin rezeki saya hari ini lebih sikit, Wallahu a'lam.

“Alif tak sangka, saya hilang kata-kata,” katanya.

Pada malam semalam, Aliff, 31 tahun menewaskan lima peserta lain menerusi persembahan lagu "Sampai Syurga" secara solo dan lagu "Dealova" dalam persembahan duet bersama Hafiz Suip.

Dalam segmen 'battle' pula, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Dengan kemenangannya itu, Aliff menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 (S$32,127) dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara GV8, Nikki Palikat menerima hadiah wang tunai RM50,000 (S$16,063) dan trofi manakala pemenang tempat ketiga, Suki Low membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 (S$9,638).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan