Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz malu kenang kekhilafan lama; syukur diberi keinsafan

Jika dulu dirinya selalu dihambat pelbagai kontroversi, kini Aliff Aziz mengakui dia teramat malu setiap kali mengingat kembali kekhilafan yang pernah dilakukannya dulu.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz malu kenang kekhilafan lama; syukur diberi keinsafan

Gambar: Instagram/Iamaliffaziz

Diterbitkan : 12 Nov 2021 06:08PM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 06:20PM

KUALA LUMPUR: Jika dulu dirinya selalu dihambat pelbagai kontroversi, kini Aliff Aziz mengakui dia teramat malu setiap kali mengingat kembali kekhilafan yang pernah dilakukannya dulu.

Penyanyi dan pelakon itu berkata dia bersyukur diberikan keinsafan dan dapat mengenali jemaah tabligh meskipun sedar akan kekurangan diri, lapor Malaysiakini.

“Bila ingat balik, malunya aku. Tapi itulah sifat penyayang Allah SWT tunjukkan pada sesiapa saja yang dikehendakinya.

“Selama 30 tahun hidup, entah apa saya dah buat. Saya benar-benar berharap tak pernah lakukan apa yang saya lakukan sebelum ni. Pernah juga terfikir masa tu; kau dah jauh ni, macam mana kalau tiba-tiba mati?”

“Maha baik Allah, Dia buka jalan untuk mengenali rakan-rakan (jemaah tabligh), cuma saya tak tahu apa kelayakan dan sedar kekurangan diri. Namun saya bersyukur dengan apa yang dimiliki (hidayah) sekarang,” katanya.

Malaysiakini melaporkan Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 8 (GV8) di Kuala Lumpur kelmarin.

Dia salah seorang daripada 12 peserta akan bertanding dalam program realiti itu yang dijadual bersiaran secara langsung melalui Astro Ria 21 November ini.

Penyanyi Kalau Cinta itu mengakui kesilapan dilakukannya dulu mungkin terjadi disebabkan dia selalu tidak puas dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Sedangkan katanya, Allah tidak pernah berhenti memberi ‘rezeki’ kepada sesiapa bahkan terhadap orang yang tidak pernah bersyukur kepada-Nya.

“Dulu saya selalu rasa tak puas dengan apa yang ada. Sebenarnya, dah banyak nikmat Allah bagi cuma saya yang tak sedar.

“Bila dikenangkan, saya dah dapat isteri yang penyayang, rezeki makanan atas meja tak pernah putus, dikurniakan anak yang sihat serta Alhamdulillah, umi dan ayah masih sihat walaupun usia mereka dah lanjut,” katanya.

Menurut Malaysiakini, Aliff dilaporkan menyertai aktiviti tabligh pada Ogos lalu selepas mengetahui selebriti lain seperti Nabil Ahmad, Faizal Ismail, dan Saharul Ridzwan aktif mendalami ilmu agama.

Pun begitu kata Aliff, dia tidak boleh dianggap sudah baik kerana bimbang tiba-tiba tersasar daripada apa yang sedang diusahakannya sekarang.

“Saya harap dapat terus istiqamah. Istiqamah ni suatu perkara yang mahal.

“Perubahan ni bukan kerana orang lain dan saya belajar ia melalui cara yang sukar.

“Berubah kerana orang lain memang tak akan kekal sebab kita tak jadi diri sendiri,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan