Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz, Hady Mirza antara 10 bekas juara kembali berentap dalam musim terbaharu Gegar Vaganza

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pertandingan masih belum bermula, namun kehangatannya sudah mula dirasai.

Hampir satu dekad bersiaran, program hiburan pilihan penonton Gegar Vaganza (GV) kembali membawa kelainan dengan memanggil kesemua juara untuk berentap di satu pentas yang sama.

Program tersebut akan berlangsung selama 12 minggu itu, lapor Astro Awani.

Berikut adalah senarai penuh peserta Gegar Vaganza 10:

Ayai Illusi - Juara GV
Siti Nordiana - Juara GV 2
Azharina - Juara GV 3
Aishah - Juara GV 4
Noryn Aziz - Juara GV 5
Hady Mirza - Juara GV 6
Naqiu - Juara GV 6
Cliff Umar - Juara GV 7
Aliff Aziz - Juara GV 8
Jaclyn Victor - GV 9

Namun cabaran tidak terhenti di situ apabila kesemua juara juga bakal bersaing bersama lima peserta lain yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia melalui undian ‘hot seat’.

Peminat boleh memilih lima peserta ‘hot seat’ menerusi undian di laman web bermula Selasa (29 Ogos), dipetik daripada Astro Awani.

Sementara itu, maestro terkenal, Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Shafinaz Selamat juga akan kembali sebagai juri tetap All Stars GV untuk tahun ini.

Juara kali ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 (S$5,800) berserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, lapor Astro Awani.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu bermula 24 September 2023 di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan