Aliff Aziz enggan ceraikan Bella Astillah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis (4 Apr).
"Ini bukan keputusan yang boleh difikirkan dalam masa sehari, saya perlukan masa untuk sediakan keputusan yang besar," kata Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33 tahun, semasa sebutan permohonan cerai Bella Astillah, 29 tahun, di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Aliff yang juga anak kelahiran Singapura mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah, lapor Sinar Harian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6 tahun, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Pada 11 Mac lalu, Bella yang berasal dari Sabah, telah membuat permohonan cerai daripada suaminya itu, kerana tiada persefahaman dan 'mawaddah' (cinta dan kasih sayang).
Ia selepas insiden tangkap berkhalwat membabitkan satu pasangan di sebuah kondominium mewah di ibu kota, kemudian disahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), lapor Sinar Harian.
Jawi menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan penahanan pasangan artis berstatus suami orang dengan seorang pelakon wanita seperti dilaporkan media sejak awal pagi itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.