Aliff Aziz berjaya duduki tempat teratas minggu 8 All Stars Gegar Vaganza
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/astrogempak)
SINGAPURA: Penyanyi Singapura Aliff Aziz, buat pertama kalinya dalam musim All Stars Gegar Vaganza (GV10), berjaya menawan para juri, sekali gus menduduki tangga teratas pada Ahad malam (12 Nov).
Memulakan persembahannya dengan berdiri dalam kalangan penonton, Aliff mencuit hati apabila dilihat menggayakan pakaian seolah-olah 'jubah' yang sarat berkilauan labuci.
Sebaik membuka mulut menyeru "O ho hoi!" - iaitu pembuka lagu Cek Mek Molek nyanyian asal M Daud Kilau - hilang semua keraguan tentang sama ada Aliff mampu membawakan lagu yang mempunyai ciri tersendiri dan unik itu.

Jelas dapat dilihat Aliff benar-benar keluar dari zon selesa semasa persembahan pada Ahad malam (12 Nov).
Jika biasanya Aliff dilihat serius dan seperti ada kerisauan pada riak wajah beliau setiap kali membuat persembahan, kali ini beliau menyerlahkan sisi yang sangat bersahaja dan sentiasa tersenyum, yang mungkin belum pernah dilihat ramai.
Para penonton juga terhibur apabila Aliff berganti baju lain yang juga berkilauan disertakan pula dengan gelekan yang, siapa sangka Aliff Aziz boleh buat!
Jelas, dalam persembahan semalam Aliff lebih santai namun tetap menyampaikan lagu dengan nada suara yang terbaik.
Beliau mendapat pujian daripada para juri dan meraih markah 78 peratus mendahului sembilan peserta yang lain.
Juri Ramli MS berkata beliau "tertipu" dengan Aliff Aziz kerana tidak menyangka Aliff berupaya menyanyikan lagu seperti Cek Mek Molek atau yang disifatkan sebagai "lagu leman (lay man)".
"Hari pertama latihan kamu sebenarnya penyanyi leman. Saya dengar dia, jiwa tak boleh belajar, itu kurniaan Tuhan!
"'Feel' itu semulajadi. Kalau pandai macam mana pun akan dengar seperti pura-pura. Ini (persembahan Aliff) semula jadi," kata Ramli MS.
Juri Syafinaz Selamat pula berkata: "Saya keliru sebenarnya bila tengok Aliff pakai baju kilat-kilat pula. Tapi berjayalah persembahan malam ini. Nampak macam Aliff lain. Dari mula O Ho Hoi pun dah bagus!"
Sempat juga Syafinaz berseloroh: "Adakah ini hala tuju muzik anda selepas ini?"
Seorang lagi penyanyi Singapura, Hady Mirza, tidak kurang hebatnya dalam persembahan lagu Gila Judi, yang juga lagu M Daud Kilau.
Hady menduduki tangga keempat dengan markah 72 peratus.
Tiada penyingkiran dibuat semalam.
Bermakna, pada minggu depan (25 Nov) semua 10 peserta akan meneruskan perjuangan untuk merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza.
Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 (S$58,120) beserta trofi sumbangan Astro.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.