Skip to main content

Hiburan

Alif satar kemalangan, tidak alami kecederaan serius

Anggaran Waktu Membaca:
Alif satar kemalangan, tidak alami kecederaan serius

(Gambar: X/Wak_Doyok)

Diterbitkan : 30 Dec 2023 09:40AM
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia mengesahkan menerima laporan kemalangan membabitkan artis versatil, Alif Satar dengan sebuah kereta di Jalan Sri Hartamas 1, di Kuala Lumpur pada Jumaat (29 Dis).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Zulkafli Che Lah berkata, laporan itu diterima pihaknya kira-kira pukul 8.00 malam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4.20 petang semasa pelakon berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Vespa di lorong paling kiri.

"Sampai di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Mazda CX5 yang berada di kanan telah masuk ke laluan kiri menyebabkan pelakon terbabit mengelak ke kiri sebelum hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahu kiri.

Encik Zulkafli menambah motosikal mangsa dilapor turut mengalami kerosakan di bahagian kiri 'coverset'.

Sebelum itu, tular di media sosial kemalangan membabitkan pelantun lagu Lelaki Seperti Aku semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Hartamas.

Pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Wak Doyok berkongsi beberapa keping gambar dalam akaun X miliknya, menunjukkan Alif, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, penerbit dan ahli perniagaan, Saniboey Mohd Ismail menerusi kemas kini di akaun Instagramnya memaklumkan penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

"Alhamdullillah, brader Ironman @alifsatar tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Bagaimanapun, dia tetap akan menjalani X-Ray later just to be sure," tulisnya.

Menurut laporan Sinar Harian, Saniboey turut memaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp, Alif memberitahu bahawa beliau berada dalam keadaan baik, dalam masa sama turut memohon agar semua mendoakan kesembuhannya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita