Skip to main content

Hiburan

Alif Satar insaf, hilang rasa sombong selepas tunai Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Alif Satar insaf, hilang rasa sombong selepas tunai Haji

(Gambar: Instagram/Alif Satar)

Diterbitkan : 01 Jul 2023 07:09PM
MALAYSIA: Pengalaman menunaikan ibadah haji membuatkan penyanyi dan pelakon Alif Satar berasa insaf dan kerdil apabila dapat menyelamai perasaan seorang gelandangan yang tidak mempunyai apa-apa.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32 tahun, berkata sepanjang menyelesaikan rukun Islam kelima itu, perasaan sombong dalam diri pasti lenyap selain mengajar tentang erti pengorbanan sebenar, lapor mStar.

"Bila saya fikir rupanya beginilah apa dirasakan oleh gelendangan. Tidak ada tempat mandi, lepas itu tengah malam korek tanah cari batu untuk persediaan melontar jamrah.

"Saya pastikan siapa datang buat Haji, Insya Allah rasa sombong dan takbur itu mesti hilang," katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Sabtu (1 Jul).

Dalam pada itu, Alif meluahkan rasa syukur diberi nikmat tidur lena biarpun berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa, seperti dinukil laporan mStar.

"Wallahi, walaupun masa ini sudah dua malam tak mandi, tak pergi ke tandas."

"Badan dah penat ditambah pula pencemaran bunyi dan asap ekzos bas... berlapikkan beg tidur beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga saya dapat tidur lena," ujarnya.

Tambah Alif, sewaktu bermabit sehingga solat Subuh di Muzdalifah, semua jemaah haji hanya mampu tidur di tepi jalan tanpa mendapat layanan istimewa.

"Di sini tak kiralah bayar pakej ratus ribu ke, Tan Sri ke... artis yang orang sanjung ke, hatta mufti sekalipun... Semua orang tidur tepi jalan."

"Semoga semua yang baca hantaran ini diterima amalan dan ditempatkan dikalangan para salihin," katanya.

Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Haji, menurut mStar.

Alif turut berkongsi kegemberiaan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis iaitu Mohd Asri Zainul Abidin.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita