Alif Satar bangga anak sulung ikut jejak langkahnya sebagai penyanyi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/Alif Satar)
KUALA LUMPUR: Artis versatil, Alif Satar bangga anak sulungnya, Alisha Anugerah, 9 tahun, tidak mengambil masa lama bagi merakamkan lagu Al-Fatihah untuk platform penstriman digital kanak-kanak Muslim, Durioo+, walaupun hanya diperdengarkan melodi lagu pada hari rakaman.
Alif yang dilantik sebagai duta Durioo+ berkata, pembabitan Alisha menerusi lagu Al-Fatihah berlaku secara spontan selepas anaknya menyuarakan hasrat untuk menjadi suara latar bagi cerita animasi, lapor Berita Harian Malaysia.
"Anak-anak saya memang diberikan iPad dan mereka selalu merakam ulasan permainan untuk suka-suka. Alisha pernah bertanya bila boleh sumbangkan suara untuk animasi.
"Saya katakan kepadanya ada beberapa kenalan dan mungkin saya boleh bertanya kepada mereka.
"Kebetulan Durioo+ sedang mencari bakat kanak-kanak untuk menyanyi, jadi Alisha akhirnya diberikan peluang merakamkan lagu Al- Fatihah.
"Alisha memang mengikut jejak langkah saya sebab suka mencuba semua benda.
"Proses rakaman tak ambil masa lama, sekitar dua jam sahaja. Apa yang buatkan saya kagum, Alisha cepat tangkap, sedangkan lagu Al-Fatihah agak sukar, apatah lagi, mendengar melodi pada hari rakaman.
"Durioo+ sangat berpengalaman mengendalikan kanak-kanak dan proses rakaman jadi sangat mudah," katanya kepada BH Online.
Selain lagu Al-Fatihah, Alisha turut merakamkan suaranya untuk lagu berbentuk doa di platform sama.
Sementara itu, Alif pula meminjamkan suara dalam siri animasi original ILM: Kebangkitan Khalifah yang ditayangkan di platform Durioo+ sempena Ramadan ini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.