Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, mahu kisahnya dijadikan iktibar

Pelawak dari Malaysia, Ali Puteh berkata dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pelawak dari Malaysia, Ali Puteh berkata dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.

Menurut Ali, keputusan itu dibuat kerana enggan namanya dikaitkan dengan syarikat berkenaan terutamanya membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli, lapor Astro Awani.

"Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

"Jujurnya saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya," katanya, seperti dinukil Astro Awani.

Ali, 33 tahun, turut meluahkan rasa kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

Menurutnya lagi, beliau melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti yang diminta.

"Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

"Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul," katanya.

Menurut Ali lagi, beliau juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.

Malangnya, Ali menambah beliau tidak menerima sebarang bayaran dan faedah sepanjang bergelar duta meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.

"Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.

"Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

"Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa," katanya, seperti dinukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan