Skip to main content

Hiburan

Alessia Cara menang anugerah Artis Baru Terbaik Grammy

Warga Kanada Alessia Cara, yang menjadi popular melalui video-video YouTube yang dirakam di biliknya, memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik Grammy hari ini (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Alessia Cara menang anugerah Artis Baru Terbaik Grammy

(Gambar: alessiasmusic/Instagram)

Diterbitkan : 29 Jan 2018 11:17AM Dikemas Kini : 29 Jan 2018 11:20AM

NEW YORK: Warga Kanada Alessia Cara, yang menjadi popular melalui video-video YouTube yang dirakam di biliknya, memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik Grammy hari ini (29 Jan).

Gadis 21 tahun itu tercalon dalam kategori tersebut di samping beberapa lagi pesaing hebat termasuk penyanyi muda Khalid. Beliau pernah bekerjasama dengan Khalid dalam satu lagu yang menyebarkan mesej untuk mencegah percubaan bunuh diri "1-800-273-8255".

"Sejak kecil lagi, saya sering berpura-pura seolah-olah saya memenangi Grammy di kamar mandi," kata Cara kepada para penonton yang menghadiri acara yang diadakan di Madison Square Garden itu.

Beliau turut menggesa industri hiburan supaya jangan melupakan dan mengiktiraf "artis-artis hebat yang menghasilkan muzik luar biasa yang sering dilupakan semata-mata kerana populariti".

"Saya hanya ingin menggalak orang ramai supaya menyokong muzik yang baik dan para artis kerana semua orang berhak untuk dihargai," tambah Cara.

Acara itu menyaksikan ramai bintang besar antarabangsa di mana Jay-Z mendapat pencalonan tertinggi iaitu bagi lapan kategori, di samping Kendrick Lamar dan Bruno Mars yang masing-masing menerima tujuh dan enam pencalonan.

Berikut adalah pemenang anugerah berprestij Grammy:

  • Artis Baru Terbaik: Alessia Cara
  • Lagu Rock Terbaik: Foo Fighters (Run)
  • Lagu R&B Terbaik: "That's What I Like," (Bruno Mars)
  • Muzik Video Terbaik: Humble (Kendrick Lamar)
  • Album Pop Terbaik: Divide (Ed Sheeran)
  • Album Rap Terbaik: Damn (Kendrick Lamar)
  • Album Kontemporari Moden Terbaik: Starboy (The Weeknd)
  • Persembahan Metal Terbaik: "Sultan’s Curse" (Mastodon)
  • Persembahan Solo Pop Terbaik: Shape of You (Ed Sheeran)
  • Persembahan Kumpulan Terbaik: Feel It Still (Portugal The Man) 
Sumber : AFP/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita