Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Alec John Such, bekas gitaris bass Bon Jovi, meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:

NEW JERSEY: Bekas pemain bass kugiran 'rock' terkemuka era 80-an Bon Jovi meninggal dunia pada Ahad (5 Jun).

Berita pemergian Alec John Such, 70 tahun, diumumkan ketua kugiran itu yang juga penyanyi utama, Jon Bon Jovi, di akaun media sosial dan laman rasmi kumpulan tersebut, seperti dinukil Astro AWANI. 

“Kami sangat sedih mendengar khabar pemergian rakan tersayang kami, Alec John Such.

"Beliau anggota asal kumpulan. Sebagai antara pengasas Bon Jovi, Encik Alec seorang yang penting dalam pembentukan kumpulan ini.

"Sejujurnya, kami bertemu antara satu sama lain melalui mendiang. Encik Alec kawan zaman kanak-kanak Encik Tico (Torres) dan membawa Encik Richie (Sambora) untuk melihat kami buat persembahan.

“Encik Alec sentiasa aktif dan menjiwai kehidupan. Hari ini, kenangan istimewa ini membawa senyuman dan air mata di wajah saya.

"Kami amat merinduinya.”

Punca kematian Encik Alec bagaimanapun tidak dinyatakan, lapor Astro AWANI. 

Alec merupakan sebahagian daripada barisan asal kugiran rok Bon Jovi yang diasaskan pada 1983 di Sayreville, New Jersey.

Selain Alec John Such dan Jon Bon Jovi, anggota kumpulan asal yang lain terdiri daripada Tico Torres (dram), David Bryan (keyboard) dan Richie Sambora (gitar utama), lapor Astro AWANI. 

Alec John Such mengundurkan diri daripada kugiran Bon Jovi pada tahun 1994.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan