Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Alec Baldwin tertembak mati sinematografer, cederakan pengarah guna pistol prop di set filem

Senjata api prop yang dilepaskan oleh pelakon Alec Baldwin, meragut nyawa pengarah fotografi dan mencederakan pengarah di set penggambaran di Santa Fe, Amerika Syarikat. Pelakon veteran itu kelihatan menangis di luar pejabat syerif susuli kejadian tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Alec Baldwin tertembak mati sinematografer, cederakan pengarah guna pistol prop di set filem

Pelakon veteran Alec Baldwin (Gambar: Angela Weiss/AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 01:55PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 01:58PM

AMERIKA SYARIKAT: Senjata api prop yang dilepaskan oleh pelakon Alec Baldwin, meragut nyawa pengarah fotografi dan mencederakan pengarah di set penggambaran di Santa Fe, Amerika Syarikat.

Demikian menurut Pejabat Polis Santa Fe pada Khamis (21 Okt) yang mengesahkan tembakan itu berpunca daripada pistol yang digunakan pelakon terkenal Hollywood itu semasa penggambaran filem terbarunya Rust.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pengarah fotografi Halyna Hutchins, 42 tahun yang disahkan meninggal dunia selepas diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico.

Pengarah filem, Joel Souza, 48 tahun pula
dibawa dengan ambulans ke Pusat Perubatan Daerah Christus St Vincent, di mana beliau sedang menerima rawatan bagi kecederaannya.

Penggambaran bagi filem itu dihentikan.

Santa Fe New Mexico melaporkan, Baldwin, 68 tahun, dilihat pada Khamis menangis di luar pejabat syerif, namun gagal mendapatkan komen daripadanya.

Jurucakap polis, Juan Rios berkata siasatan kini dijalankan bagi menentukan bagaimana kejadian itu berlaku dan jenis peluru yang digunakan.

"Buat masa ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian ini. Saksi masih ditemu bual oleh detektif,"ujarnya.

Pada 1993, Brandon Lee, 28 tahun, anak kepada bintang seni bela diri Bruce Lee, meninggal dunia setelah terkena peluru berkaliber .44 ketika merakam babak mati bagi filem The Crow. Pistol itu sepatutnya melepaskan peluru kosong, namun autopsi mendedahkan peluru tersemat dekat tulang belakangnya.

Pada 1984, pelakon Jon-Erik Hexum mati setelah menembak dirinya di bahagian kepala dengan pistol prop yang sepatutnya berisi peluru kosong semasa berpura-pura bermain dengan pistol Magnum .44 di set siri televisyen Cover Up.  

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan