Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Album ke-12 Coldplay 'album terakhir', kata vokalis Chris Martin

Anggaran Waktu Membaca:
Album ke-12 Coldplay 'album terakhir', kata vokalis Chris Martin

(Gambar: Suzan Moore/PA menerusi AP)

LONDON: Penyanyi utama Coldplay, Chris Martin akur bahawa "kawalan mutu sangat tinggi buat masa ini", dengan album ke-12 kugiran itu adalah yang terakhir.

Coldplay akan mengeluarkan album studio ke-10 'Moon Music' pada Jumaat (4 Okt) dan Chris Martin, 47 tahun, menjelaskan bahawa kumpulan tersebut memutuskan untuk berhenti menghasilkan lagu baharu selepas itu, untuk mengekalkan legasinya.

Bercakap dengan Zane Lowe semasa siaran podcast Apple Music, Chris Martin berkata: "Kami hanya akan menghasilkan 12 album. Ya, itu janji saya."

Penyanyi tersebut menambah bahawa beliau tidak mahu dirinya serta rakan-rakan dalam kugirannya - Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion - untuk menghabiskan sisa hidup mereka menghasilkan lagu untuk Coldplay.

"Untuk menghasilkan album yang hebat sebagai sebuah kumpulan, ia boleh menimbulkan pertikaian antara satu sama lain, dan saya ingin memberi rakan-rakan lain peluang untuk meluangkan masa buat diri mereka sendiri," tambahnya.

"Saya tidak menginginkan senario di mana ketika kami sudah berusia 60 tahun, kami akan katakan: "Will, kami perlukan anda. Ayuh! Kami boleh lakukan lebih baik lagi!"
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan