Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Aku sakit mental, sesekali kronik," luah Yasin dalam lagu barunya

Anggaran Waktu Membaca:
"Aku sakit mental, sesekali kronik," luah Yasin dalam lagu barunya

(Gambar: @yasinsulaiman/Instagram)

Diterbitkan : 24 Jul 2022 08:39PM Dikemas Kini : 24 Jul 2022 09:04PM

KUALA LUMPUR: "Aku sakit mental... sesekali kronik."

Itulah antara bait-bait lirik bertajuk Aku Bipolar yang dihasilkan penyanyi nasyid dan penggubah lagu, Yasin Sulaiman yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Lagu terbaru yang dihasilkan Yasin atau nama sebenarnya Mohammad Yasin Sulaiman, 46 tahun, dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Ahad (24 Jul). 

Ia merupakan lagu kedua yang dicipta oleh pelantun lagu Mimpi Laila itu sejak berada di sebalik tirai besi, yang mana lagu pertama dihasilkan pada Mei lalu selepas lebih sebulan ditahan di penjara, lapor Astro AWANI. 

Lagu Aku Bipolar, yang berkisar tentang luahan perasaan Yasin dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarganya bersama tanda pagar #YasinSulaiman dan #Solidarityforyasinsulaiman.

Selain mendakwa mengalami sakit mental, lirik lagu tersebut antara lain turut dipercayai menyatakan bahawa Yasin memerlukan 'rawatan ganja' bagi mengubati penyakit yang dihidapinya.

"Fikiran melayang, ku alami psikosis...," memetik bait lagu tersebut.

Pada penghujung lirik tersebut, selebriti berdarah kacukan Melayu dan Australia itu dilihat sekali lagi menekankan perkataan "aku bipolar.. harap maklum."

Sebelum ini, Yasin ketika ditemu bual  mengakui menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan bipolar sejak 2009.

Beliau juga mengaku pernah menerima rawatan di wad psikiatri selama dua minggu di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Pada 6 Julai lalu, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada Mac.

Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan