Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ajak Shiro syukur anak sudah pandai urus jenazah

Anggaran Waktu Membaca:
Ajak Shiro syukur anak sudah pandai urus jenazah

Gambar: Instagram/@ajakshiro

Diterbitkan : 07 May 2022 09:35PM Dikemas Kini : 07 May 2022 09:36PM

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersyukur kerana anak sulungnya, Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenazah.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, setakat ini Jad sudah membantu menguruskan sembilan orang jenazah, seperti dinukil Astro Gempak.

“Walaupun aku ada pengetahun tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.

“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenazah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini. Jad rehat eh muka nampak letih tu,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya memuji kebaikan yang dilakukan Jad dan mendoakan agar anak lelaki Ajak ini menjadi anak yang soleh, lapor Astro Gempak.

Rakan selebriti seperti Shuib Sepahtu dan Achey juga turut mendoakan perkara yang sama.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009, lapor Astro Gempak.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan