Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aizat Amdan selamat bernikah dengan mantan penyampai radio

Anggaran Waktu Membaca:
Aizat Amdan selamat bernikah dengan mantan penyampai radio

Gambar: Aizat Amdan/Instagram

Diterbitkan : 15 Aug 2022 04:36PM Dikemas Kini : 15 Aug 2022 04:37PM
SELANGOR: Penyanyi Aizat Amdan, 33 tahun, selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Elyssa Alia Ilias, 34 tahun, di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Puchong, Selangor pada Ahad (14 Ogos).

Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan. Di majlis itu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 (S$93).Namun, wang hantaran dirahsiakan.

Aizat menzahirkan rasa syukur majlis yang dirancang itu berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan kerabat dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua. Dan saya juga berharap kami dapat bina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya,” kata Aizat, menurut laporan portal berita Gempak.

Pasangan suami isteri itu merancang untuk ke Tulum, Mexico bagi berbulan madu.

“Kami sebenarnya ada lokasi impian kami iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika Aizat ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insya-Allah."

Majlis pernikahan tersebut disusuli dengan sebuah majlis resepsi pasangan itu yang diadakan di lokasi yang sama, bertempat di A-Park Puchong, Selangor.

Mengenang detik pertemuan pasangan sama padan ini, Aizat dan Elyssa dikatakan kali pertama berkenalan ketika Elyssa yang bekerja sebagai penyampai radio RAKITA menemu bual Aizat. Dari perkenalan itu, Elyssa banyak membantu kerjaya seni Aizat.

Istimewanya, Aizat turut mendedikasikan lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk menghargai isterinya itu.

Lagu itu sudahpun berada di semua platform digital sejak 3 Ogos manakala lirik video sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube Aizat Amdan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan