Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aina Abdul sekali lagi curi tumpuan netizen dengan penampilan baru

Penampilan penyanyi Malaysia, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air.

Anggaran Waktu Membaca:
Aina Abdul sekali lagi curi tumpuan netizen dengan penampilan baru

Gambar-gambar: Instagram/abpbh34kitabersama;Instagram/jabatannetizennegara20

Diterbitkan : 13 Nov 2021 10:25PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 10:26PM

KUALA LUMPUR: Penampilan penyanyi Malaysia, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air.

Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini (13 Nov), dia mengenakan gumpalan kain pada bahagian kepalanya bersama gaun serba hitam.

Harian Metro melaporkan busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan, namun tidak dinafikan benar-benar unik dan sesuai dengan Aina yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang berani dalam meneroka fesyen.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen gambar yang dimuat naik ke Instagram Berita Harian itu.

Kurang satu jam, gambar itu sudah menerima lebih 10,000 tanda 'like' di samping lebih 1,100 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji keberanian Aina menggayakan imej tersebut.

Tidak kurang juga ada yang melabelnya sebagai Didie Alias 2.0 kerana gemar tampil dengan imej pelik dan unik acap kali menghadiri sesuatu acara besar, lapor K! Online.

Selain Aina, turut menggayakan busana mereka di karpet merah adalah beberapa artis popular tanah air antaranya, Izzue Islam, DJ Lin, Man Kidal, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa