Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aiman Tino sah bergelar suami Syarah Haifa pada 27 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Aiman Tino sah bergelar suami Syarah Haifa pada 27 Apr

(Gambar: official_aimantino/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24 tahun, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis (27 Apr) di dewan Astana, Shah Alam.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Syarah iaitu Che Fariz Che Isa, lapor Astro AWANI. 

Pada majlis tersebut penyanyi berusia 25 tahun itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM5,000 (S$1,498) berserta seutas gelang emas kepada isteri tercinta.

Sebelum upacara akad nikah diadakan, pasangan sama cantik sama padan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dalam majlis yang sama.

Pasangan itu juga akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei di Shah Alam, Selangor.

Majlis akad nikah pasangan itu juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Magica Events, menurut Astro AWANI. 

Pada awal Februari lalu penyanyi berusia 25 tahun itu mendedahkan mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada pertengahan tahun ini.

Menyingkap bibit pertemuan Aiman dan Syarah, mereka diperkenalkan kawan pada 2019 sebelum sepakat menjadi rakan perniagaan penyanyi itu sebelum melangkah ke fasa bercinta.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan