Aiman Tino rancang nikah selewat-lewatnya April 2023
Penyanyi dan pelakon Aiman Tino merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Syarah Haifa selewat-lewatnya April 2023. (Petikan video: TikTok/syereheife)
Aiman, 25 tahun, berkata buat masa ini tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi namun akan dipercepatkan selepas majlis merisik pada Januari lalu, lapor Astro Gempak.
"Kami akan bernikah dalam masa terdekat...paling cepat sebelum Ramadan atau Raya ini sebab saya rasa sudah tiba masanya untuk saya halalkan hubungan ini," kata Aiman kepada laman Astro Gempak.
Mengulas tentang desas-desus bahawa dia sudah bertunang, Aiman berkata dia merancang untuk bertunang dengan pasangannya sebelum tarikh majlis pernikahan.
"Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Sebenarnya ia hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang," katanya ketika ditemui oleh Harian Metro di majlis tayangan filem Tonton Original Irama Kita, di Petaling Jaya pada Rabu (8 Feb).
Aiman menambah bahawa majlis pernikahannya akan berlangsung sebelum atau selepas Ramadan nanti dan majlis persandingan pula akan diadakan pada Jun atau Ogos tahun ini, lapor Harian Metro.
Aiman berkongsi bahawa dia dan Syarah memutuskan untuk membina mahligai rumah tangga setelah kurang setahun menjalin hubungan serius. Aiman mula berkenalan dengan bakal isterinya itu pada 2019.
Media tempatan menukil Aiman sebagai berkata dia selesa bersama Syarah kerana sering kali keluar bersama dan mereka berdua mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.