Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ahmad Idham genggam PhD selepas 7 tahun kerja keras

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Idham genggam PhD selepas 7 tahun kerja keras

(Gambar: Instagram/@ahmad_idham)

KUALA LUMPUR: Selebriti dan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahmad Idham melahirkan rasa syukur apabila berjaya menggengam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam sebuah majlis istiadat konvokesyen yang berlangsung pada Ahad (6 Nov).
Jelas Idham, biarpun dirinya sibuk dengan proses penamaan calon PRU15 yang menyaksikan dirinya bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson, namun untuk menghadiri acara konvokesyen juga adalah tanggungjawabnya.

“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol ljazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok."

“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ia adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan."

“Penantian selama hampir tujuh tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk ljazah Doktor di dalam bidang pengurusan,” kongsi
Ahmad Idham menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya, menurut Astro Gempak.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan bersama penduduk Port Dickson sekiranya berpeluang menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.

“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurus tadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri."

“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima ljazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” lapor Astro Gempak.

Selain Ahmad Idham yang mewakili parti Pejuang, kerusi Parlimen Port Dickson turut menyaksikan tiga lagi saingan lain termasuk Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH), P. Kamalanathan (Barisan Nasional) dan Rafie Mustapha (Perikatan Nasional).
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan