Ahli Persatuan Pengarah Filem M'sia bakal terima vaksin berkelompok
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni menyertai program suntikan vaksin secara berkelompok yang akan dilaksanakan untuk ahli persatuan itu di Lembah Klang.
(Gambar: AFP)
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni menyertai program suntikan vaksin secara berkelompok yang akan dilaksanakan untuk ahli persatuan itu di Lembah Klang.
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim, berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.
“FDAM membawa berita gembira buat ahlinya apabila berjaya mendapat ruang untuk suntikan vaksin secara berkelompok.
“FDAM menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni yang bekerja di lapangan mengambil peluang untuk terbabit dalam program vaksin ini...hanya untuk ahli yang menetap dan mendaftar di Lembah Klang,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (18 Jul).
Beliau berkata senarai nama mereka yang memohon suntikan itu akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan pada Isnin (19 Jul).
Sementara itu, beliau berkata setakat ini sejumlah 1,683 kotak keperluan asas diagihkan kepada warga seni yang terkesan akibat pandemik COVID-19 menerusi program RESQ ANAK SENI.
Pengagihan itu, katanya, dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama meliputi Lembah Klang iaitu zon Puchong, Keramat AU2, Setapak dan Taman Melawati serta Nilai dan Seremban (Negeri Sembilan).
"Bantuan merangkumi pengarah, penerbit, kru produksi, pelakon dan penyanyi serta golongan yang sering terpinggir seperti pelakon tambahan, penari, kru teater dan busker (penghibur jalanan) ini akan diperluas ke zon lain termasuk Sabah dan Sarawak pada fasa kedua,” kongsi beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.