Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ahli Parlimen PAS gesa kerajaan 'kawal' penganjuran konsert artis antarabangsa seperti Blackpink

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli Parlimen PAS gesa kerajaan 'kawal' penganjuran konsert artis antarabangsa seperti Blackpink

(Gambar: Twitter/@livenationmy)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS menggesa kerajaan “mengawal” penganjuran konsert artis luar negara seperti kumpulan K-pop Blackpink.

Bercakap di Dewan Rakyat, Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berkata, konsert seperti itu menimbulkan “sedikit rasa kurang senang” dalam kalangan umat Islam.

“Saya ingin membangkitkan isu yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di negara ini…konsert dan persembahan artis luar negara yang semakin kerap diadakan (di sini),” katanya, lapor agensi berita Free Malaysia Today.

“Antaranya artis seperti Westlife, OneRepublic, MAMAMOO, Jay Chou, dan terbaru kumpulan K-pop Blackpink.

“Bukankah kerajaan boleh mengawal penganjuran konsert seperti itu, yang semakin diberi ruang di negara kita?” soalnya, dipetik daripada Free Malaysia Today.

Beliau yang kali pertama menjadi Ahli Parlimen berkata, “kebanjiran” peminat pada konsert Blackpink Sabtu lalu (4 Mac) tidak seiring nilai majoriti penduduk beragama Islam di negara itu.

Katanya, konsert itu tidak patut dianjurkan, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan banjir yang melanda tiga negeri.

Konsert Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil dilaporkan dihadiri 60,000 penonton dan turut menampilkan persembahan artis tempatan, Siti Nurhaliza dan M Nasir.

PAS sebelum ini juga membantah konsert beberapa artis antarabangsa di negara itu.

Pada Ogos tahun lalu, Pemuda PAS memberi amaran akan mengadakan bantahan di seluruh negara sekiranya konsert beberapa artis luar negara yang dijadualkan diadakan di negara tersebut tidak dibatalkan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan