Ahli kumpulan BTS Jin papar Galeri Nasional Singapura dalam treler video muzik terbaharu

Anggota BTS Jin dalam video muzik yang bakal dilancarkan, yang menampilkan beliau di Galeri Nasional Singapura. (Gambar: YouTube/Hybe Labels)
Pada Selasa (13 Mei) malam, lelaki berusia 32 tahun itu melancarkan sedutan rasmi bagi video muzik beliau 'Don't Say You Love Me', yang menampilkan mercu tanda Singapura yang ikonik: Galeri Nasional.
Treler video itu dikeluarkan beberapa hari selepas pelancaran permainan yang memerlukan peminat memasukkan susunan nombor yang betul untuk "menghubungi" Jin bagi mendedahkan sekeping gambar.
Beberapa gambar itu memaparkan mercu tanda Singapura, seperti Taman di Pesisiran dan Singapore Flyer, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa album mini Jin yang akan datang, Echo, akan menyorot lokasi-lokasi menarik di Singapura.
Kini peminat BTS di Singapura akhirnya dapat mengesahkan bahawa sebahagian daripada video muzik 'Don't Say You Love Me' telah dirakam di negara ini.
Poster treler untuk 'Don't Say You Love Me' juga memaparkan Jin dan Shin dalam bilik hotel yang menghadap Singapore Flyer dan Muzium ArtScience.
Peminat bahkan kini sedang meneka sama ada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah menandatangani perjanjian dengan BTS selepas tanda pagar #VisitSingapore dilihat dalam pelbagai catatan media sosial di laman kumpulan K-pop lelaki itu serta dalam video oleh ahli J-Hope, di mana beliau dilihat melawat Kebun Bunga Singapura dan Sensoryscape di Sentosa semasa lawatannya ke Singapura baru-baru ini.
Mediacorp sudah menghubungi STB untuk mendapatkan komen.
Video muzik 'Don't Say You Love Me' oleh Jin akan dikeluarkan pada pukul 12.00 tengah hari (waktu Singapura) pada 16 Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.