Agensi pelancongan bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel) akan menguruskan tiket penerbangan serta tempat tinggal bagi suami dan anak perempuan Almarhumah Nadia Kesuma sepanjang mereka berada di Jeddah, menurut laporan Sinar Harian.
Syarikat itu memaklumkan, pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan tiket penerbangan pada Ahad (18 Jan) selain menyediakan wakil syarikat yang akan membantu ahli keluarga pelakon itu di negara tersebut.
"Wakil syarikat bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak muasasah akan menyambut ketibaan mereka serta menguruskan keperluan logistik di sana.
"Kami juga bekerjasama Kedutaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa dokumen penting bagi menyelesaikan proses serta prosedur pengebumian Allahyarham Nadia," menurutnya kepada Sinar Harian pada Ahad (18 Jan).
Sebelum ini, kehilangan Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Berita duka itu disahkan oleh anak perempuannya, menerusi laman media sosial Threads apabila memaklumkan yang ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung.
Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan antara jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.