Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adibah Noor meninggal dunia selepas alami sesak nafas

Penyanyi Adibah Noor menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles pada 7.45 malam Sabtu (18 Jun) selepas mengalami sesak nafas, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Adibah Noor meninggal dunia selepas alami sesak nafas

(Gambar: Adibah Noor/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Noor menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles pada 7.45 malam Sabtu (18 Jun) selepas mengalami sesak nafas, lapor Astro Awani.

Khabar mengejutkan itu mula diketahui umum menerusi catatan di laman Instagram pelakon Emylia Rosnaida, yang juga isteri kepada hos AC Mizal.

"Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatil Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia," menurut beliau dalam catatan tersebut sekitar jam 8.00 malam.

AC Mizal juga membuat catatan di laman Instagram beliau: “Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini.

“Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.

“Salam takziah dari kami sekeluarga."

Allahyarhamha Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohamed Omar, yang berusia 51 tahun, baru-baru ini menampilkan dirinya dalam keadaan jauh lebih kurus berbanding sebelum ini.

Namun, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu hanya memberitahu Astro Awani bahawa perubahan itu disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan diet lebih sihat sejak Ramadan lalu.

Dalam laporan-laporan BHonline dan Utusan, Allahyarhamha dikatakan menghidap barah ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, tidak mendedahkannya kepada umum, menurut sumber.
Awal tahun ini, Allahyarhamha memenangi tempat keempat dalam Gegar Vaganza musim kelapan.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan