Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adibah Noor berjaya turun 18kg dalam tempoh 2 bulan

Penyanyi Adibah Noor berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas mengamalkan pemakanan sihat sejak dua bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Adibah Noor berjaya turun 18kg dalam tempoh 2 bulan

Penampilan terkini penyanyi Adibah Noor. (Gambar: Adibah Noor/Instagram)

Diterbitkan : 10 Jun 2022 06:01PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 06:01PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Noor berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas mengamalkan pemakanan sihat sejak dua bulan lalu.

Pelantun lagu Terlalu Istimewa berusia 52 tahun itu berkata kepada BHonline: "Ya, berat badan turun 18kg berikutan pemakanan sihat yang diamalkan sejak bulan puasa lalu.

"Saya tidak mengambil gula dan mengehadkan enam suapan sahaja setiap kali makan.

"Saya merasakan sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan kerana sudah berusia, itu sahaja."

Selain itu, Adibah Noor berkata beliau turut mengelakkan minuman bergula dan makanan yang diproses.

"Saya mencari makanan dimasak segar dan tak makan makanan diproses atau dalam tin.

"Misalnya, jika saya mahu makan burger, saya cari gerai yang buat daging burger sendiri, bukan daripada dalam plastik sudah siap.

"Kalau dahulu, nasi lemak saya makan tiga bungkus. Sekarang, cuma satu bungkus sahaja," dedahnya kepada BHonline.

Perkongsian penampilan terbaru Adibah Noor di laman Adibah Noor menerima pelbagai rekasi dalam kalangan para pengikutnya, yang rata-rata terkejut dengan imej barunya itu.

Namun demikian, Adibah bersyukur perkongsiannya itu mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya mengamalkan pemakanan sihat.

"Alhamdulillah. Nasihat saya, boleh turunkan berat badan tanpa perlu makan pil atau jus kurus.

"Tetapi, kena kuatkan semangat dan banyak sabar. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun begitu, bukan boleh berlaku sekelip mata," katanya kepada BHonline.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa