Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra dikurniakan gelaran 'Datuk' oleh Sultan Pahang

Pelakon kelahiran Singapura yang kini berpangkalan di Malaysia, Adi Putra, kini membawa gelaran 'Datuk' setelah beliau mendapat anugerah kebesaran dari Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra dikurniakan gelaran 'Datuk' oleh Sultan Pahang

Pelakon Adi Putra semasa menerima gelaran Datuk. (Gambar: Instagram/adpadiputra)

adiPEKAN: Pelakon kelahiran Singapura yang kini berpangkalan di Malaysia, Adi Putra, kini membawa gelaran 'Datuk' setelah beliau mendapat anugerah kebesaran dari Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.

Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, diberikan kepada Adi Putra pagi tadi (24 Okt), di Istana Abu Bakar.

Dalam beberapa catatan Instagramnya, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, memanjatkan syukur kepada Allah di atas kemuliaan yang diterimanya itu.

"Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yang adi tercinta, Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi," tulis beliau.

Selain berlakon, beliau juga merupakan penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Satu lagi gambar yang dimuat naik dalam catatan instagram yang lainnya turut menunjukkan gambarnya yang mengenakan baju Melayu berwarna hitam dan memakai tanjak dan berfoto bersama pelakon Malaysia yang turut menerima anugerah iaitu Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof.

Selain itu, penyanyi terkenal Malaysia Datuk Siti Nurhaliza, 38 tahun, kini membawa gelaran Datuk Seri setelah turut dianugerahi darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP). 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa