Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra akhirnya buat kemunculan tayangan perdana 'Mat Kilau' di Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra akhirnya buat kemunculan tayangan perdana 'Mat Kilau' di Indonesia

Adi Putra dan Johan As'ari adalah antara pelakon filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' yang hadir di tayangan perdana filem Melayu itu di Indonesia. (Gambar: @adpadiputra/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon utama filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan', Adi Putra membuat kemunculan pada tayangan perdana filem Melayu itu di Indonesia selepas dilapor enggan menghadiri acara tayangan perdana tersebut sebelum ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, dilihat hadir bersama pelakon Johan As'ari pada malam gala berkenaan, yang berlangsung di Jakarta pada Jumaat (26 Ogos), lapor agensi berita Astro Awani.

Sebelum ini, Adi, 41 tahun, menzahirkan kekecewaannya terhadap syarikat penerbitan filem itu, Studio Kembara Sdn Bhd.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kehadiran mereka adalah atas jemputan beberapa pihak lain.

"Terima kasih CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) kerana menjemput saya dan Johan ke Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta," katanya dalam catatan di akaun Instagramnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain yang dimuat naik Adi, turut kelihatan hadir di majlis tayangan tersebut adalah pengarahnya, Syamsul Yusof dan barisan pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan termasuk Fattah Amin yang memegang watak Awang serta Ali Karimi (Brahim).

Sementara itu, Beto Kusyairy yang menjayakan watak Wahid difahamkan tidak hadir di majlis berkenaan, menurut Astro Awani.

Memetik laporan media, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan memaklumkan tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitmen lain.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dijangka ditayangkan di 200 pawagam merata Indonesia bermula 31 Ogos nanti.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan