Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adele tunda persembahan di Las Vegas selepas kru konsert terjangkit COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

LAS VEGAS: Penyanyi ternama kelahiran England, Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.

Penangguhan itu dibuat selepas separuh daripada tenaga kerja persembahan penyanyi yang kini masyhur dengan lagu Easy On Me itu dijangkiti COVID-19.

Penghibur berusia 34 tahun itu membuat pengumuman tersebut di akaun Instagramnya sambil memohon maaf kepada peminat atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kita dapat bersama kali ini, namun, rancangan ini telah dimusnahkan akibat penangguhan berikutan COVID-19.

"Saya memohon maaf, namun persembahan ini belum bersedia untuk diadakan," katanya sambil menitiskan air mata.

Konsert siri Adele sepatutnya diadakan bermula Jumaat (21 Jan) di The Colosseum di Caesars Palace sehingga 16 April.

Adele turut berulang kali memohon maaf kerana menangguhkannya di saat-saat akhir walaupun sudah lebih 30 jam memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang tidak dapat dielakkan itu.

"Saya sangat kecewa dan malu dan saya mohon maaf kepada mereka yang telah memulakan perjalanan (untuk menonton persembahan)," kata Adele.

Justeru, kata Adele, siri persembahan yang dinantikan peminat itu akan dijadualkan semula.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan