Adele sahkan pertunangan di depan peminat semasa konsert di Jerman
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Valerie Macon/AFP)
LONDON: Penyanyi terkenal Britain, Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul, kepada para peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyanyi 36 tahun itu sebelum ini mendedahkan bahawa beliau sedang menjalin hubungan dengan pengasas syarikat pengurusan Klutch Sports Group, yang mewakili bintang-bintang bola keranjang terkenal seperti LeBron James, Anthony Davis dan John Wall.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial ketika konsertnya di Munich, Adele kelihatan menyedari seseorang membawa papan tanda yang tertulis "Adakah awak akan berkahwin dengan saya?".
"Saya tak boleh kahwin dengan awak kerana saya sudah ingin berkahwin, tapi saya hargainya, terima kasih," katanya.
Adele turut mempamerkan apa yang kelihatan seperti cincin pertunangan kepada penonton.
Pada April 2019, Adele mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, ketua sebuah badan amal, Simon Konecki.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul "Someone Like You" itu mengadakan 10 konsert di Jerman bulan ini di sebuah arena khas yang mampu menampung 80,000 orang setiap malam.

Pemenang 16 kali anugerah Grammy itu mengumumkan pada Julai bahawa beliau akan "berehat panjang" daripada muzik selepas siri konsertnya yang akan datang.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.