Adele bercerai dengan Simon Konecki setelah 7 tahun bersama
Penyanyi Adele bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.
LOS ANGELES: Penyanyi Adele bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.
Astro Awani melaporkan perkara itu dimaklumkan kepada media dalam satu kenyataan pada Jumaat (19 Apr).
Menurut kenyataan tersebut: "Adele dan suaminya telah berpisah.
"Mereka komited untuk membesarkan anak mereka bersama-sama dengan penuh kasih sayang. Seperti biasa, mereka mohon agar tidak diganggu."
Adele, 30 tahun, berkahwin secara rahsia dengan usahawan amal berusia 45 tahun itu pada 2016 selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
Perkahwinan Adele dan Konecki hanya diketahui umum apabila penyanyi itu mengumumkannya ketika meraih anugerah pada Grammys 2017, lapor Astro Awani.
Pelantun lagu 'Hello' dan 'Someone Like You' yang terkenal dengan album-album 19, 21 dan 25 merupakan antara artis paling laris di dunia dengan meraih banyak anugerah.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Angelo, berusia tujuh tahun, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.