Ada ura-ura untuk bawa 'Malam Seram: Teater & Muzik' ke Kuala Lumpur pula
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat Muse+ yang menganjurkan pementasan sulung Malam Seram: Teater dan Muzik tidak menolak kemungkinan untuk mementaskan teater itu di ibu kota Malaysia pula.
Ini berikutan kejayaan pementasan itu yang berlangsung di The Star Theatre pada Sabtu (24 Mei).
Kesemua 1,900 tiket habis terjual dalam masa kira-kira tiga minggu sahaja ia dipasarkan.
"Masih lagi dalam perbincangan tapi belum ditetapkan lagi, akan di KL pula insya-Allah. Mungkin akan ada pengarah teater dari Malaysia pula kali ini kalau jadi," kongsi Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Muse+, Muhammad Nuridris.
Pementasan di Singapura itu diarahkan oleh Rafaat Hamzah.
Edisi sulung pementasan Malam Seram: Teater dan Muzik mengisahkan tentang Najwa, karyawan cantik yang angkuh sehingga mengundang dendam rakan kerja yang paling rapat dengannya.

Lakonan mantap oleh pelakon-pelakon sokongan dari Singapura - Dalifah Shahril dan Rizal Aiman, mengiringi aksi dua bintang dari seberang, Beto Kusyairy dan Nabila Huda.

'Malam Seram' bermula sebagai 'videocast dan podcast' oleh KC Champion - yang membawa sama pengalamannya menerbitkan rancangan radio MJ12 di RIA897.
Dalam pementasan tersebut, KC cuba berlakon pula memainkan peranan sebagai perawat bernama Mbah Dalian dan pencerita yang menyelitkan pelbagai mesej berunsur nasihat.

"Setiap kali saya bercerita, saya nak ada satu penutup yang mana kita pelajari sesuatu, yang mana kalau kita bermain, berkawan dengan entiti-entiti ini, ia tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan," luah KC kepada wartawan Roslinda Rahmat.
MIMIFLY CURI PERHATIAN SEBAGAI 'ENTITI' YANG MENYANYIKAN 12 LAGU BERHANTU
Antara yang dinanti-nantikan penonton di The Star Theatre kelmarin ialah aksi penyanyi, Mimifly yang meletup namanya sekarang dengan lagu-lagu 'berhantu' Angkat dan Serumpun.

Memainkan peranan sebagai entiti yang dihantar untuk mengganggu watak utama dalam pementasan ini, Mimifly juga menyanyikan 12 lagu seperti Pulangkan, Sephia, Taman Rashidah Utama, Ulek Mayang yang digubah dengan elemen-elemen muzik seram.
Mimifly juga membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Jawa berjudul Lingsir Wengi.

Selain itu, ada juga elemen interaktif dengan para penonton.
Ini apabila 'hantu-hantu' turun mendekati tempat duduk penonton dengan ada penonton juga terjerit ketakutan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.