Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Achey titip nasihat buat anak: "Jadi baik dulu, pandai akan menyusul"

Anggaran Waktu Membaca:
Achey titip nasihat buat anak: "Jadi baik dulu, pandai akan menyusul"

Gambar: Instagram @acheykintangkintung

KUALA LUMPUR: Pejam celik pejam celik, siapa sangka anak angkat pelawak terkenal, Achey Bocey iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir sudah pun membesar dengan baik dan kini berusia lima tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah menzahirkan ucapan tahniah buat puteri kesayangannya itu yang sedang memakai jubah konvokesyen berwarna hijau, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Namun begitu, apa yang menyayat hati ramai, pelawak berusia 36 tahun itu mendedahkan anaknya itu pernah meluahkan perasaannya dengan mengatakan dirinya mempunyai kekurangan.

Namun begitu, Achey menasihatinya supaya menjadi seorang insan baik kemudian, akan adanya rezeki diberikan oleh Allah pada kemudian hari, lapor ohmymedia.

“Tahniah kakak, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin, tiba-tiba mama rasa sebak. Kejap je masa berlalu, anak mama makin besar.

“Pernah keluar daripada mulut dia, kakak tak pandai, kakak semua tak boleh. Kalau macam itu kakak jadi baik dulu, inSya-Allah pandai menyusul,” ujarnya.

Sekadar info, Achey telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2011 dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan