Acara makan malam 'Temu Lawak' ubati rindu pementasan komedi Melayu
Pementasan komedi Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi nadi seni persembahan Singapura dianggap semakin menyepi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pementasan komedi Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi nadi seni persembahan Singapura dianggap semakin menyepi.
Satu demi satu pelawak veteran yang menghidupkan pentas dengan jenaka dan watak ikonik mereka telah menutup usia.
Pelapis pelawak yang dapat meneruskan legasi tersebut pula semakin sukar ditemui.
Daripada sekadar memeluk tubuh, pelawak veteran, Husin Saaban, sebaliknya cuba menghidupkan semula seni persembahan komedi Melayu dengan para pelawak veteran.
Pada hujung Oktober nanti, beliau menganjurkan acara makan malam ‘Temu Lawak’.
Encik Husin mendedahkan perkara itu semasa sidang media pada Jumaat lalu (14 Ogos) di De Villa Ballroom.
Beliau berkongsi: "Pertama saya berbual dengan masyarakat, ramai yang merindui lawak-lawak zaman saya. Mereka suka tengok video-video lama. Jadi saya rasa saya nak berikan kepada mereka sebagai hadiah."
PARA PENONTON AKAN TIDAK KERING GUSI DENGAN TIGA SKETSA 'TEMU LAWAK'
Tawa dan suasana riang dijangka akan dihidupkan oleh beberapa pelawak veteran termasuk Ahmad Stokin, Sahfudin Mahfudz, Ariff Esa dan BJ Kadir.
Terdapat juga barisan artis lain seperti Suhaimi Yusof, Khairudin Samsudin, Hamzah Adon, Era Farida, Nureeda Suhoot dan Fadhilah Samsudin yang akan menggeletek para penonton pada malam tersebut.
Mereka akan berkongsi pentas melakonkan tiga buah sketsa komedi hasil tulisan Encik Husin yang juga penerima Anugerah Perdana Emas di Pesta Perdana tahun lepas.
Menurut beliau, sketsa-sketsa itu berbentuk skrip pendek.
Encik Husin berkata: "Yang pertama, genre kelakar seram tentang hantu-hantu kelakar. Kedua, saya ambil daripada cerita-cerita Tan Sri P. Ramlee, seperti Ali Baba Bujang Lapok. Daripada Pendekar Bujang Lapok, saya tukar menjadi Pendekar Dara Lapok."
"Ketiga, cerita dakwah. Kadang-kadang, ada pelajaran di sebalik orang ketawa sahaja. Jadi InsyaAllah saya menjanjikan tiga-tiga sketsa ini akan membuat orang pecah perut," tambah beliau lagi.
PERBEZAAN PEMENTASAN KOMEDI MELAYU
Pelawak veteran Ahmad Stokin akur akan pementasan lawak yang sudah berubah mengikut peredaran masa.

Beliau berkata: "Bezanya memang sangat berbeza kerana masa saya mula, adalah masa saya di kemuncak. Senang sangat untuk membuat orang ketawa kerana masa itu belum ada media sosial dan penonton juga tertumpu pada kita di atas pentas ataupun di televisyen tetapi sekarang para penonton agak beza."
Biarpun berusia 70 tahun, beliau tidak teragak-agak untuk menyertai acara 'Temu Lawak' kerana ingin terus berkarya selagi masih diperlukan.
Ini meskipun beliau akur bahawa ia bukan mudah, lebih-lebih lagi dengan pemergian rakan-rakan seperjuangannya.
Pelawak mapan, Suhaimi Yusof turut mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi pelawak zaman kini.

"Sekarang bahan-bahan lawak itu bukan sahaja diukur dari segi tanah air. Para penonton sudah dapat lihat lawak di hujung dunia. Jadi macam mana kita nak bertanding dengan tahap kelakarnya? Itu satu benda yang saya rasa hari ini kita perlu sama-sama buat satu kajian mendalam mengikut trend sedikit."
Tiket untuk 'Temu Lawak akan dijual pada harga S$80, menerusi Hamidah Travel & Tours, salah satu penaja bagi acara tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.