Skip to main content

Hiburan

Acara amal President's Star Charity kembali pada Okt dengan persembahan penyanyi Anggun, Taufik Batisah dan banyak lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Acara amal President's Star Charity kembali pada Okt dengan persembahan  penyanyi Anggun, Taufik Batisah dan banyak lagi

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 11 Oct 2023 10:07PM
SINGAPURA: Bersiap sedia untuk mengakhiri bulan Oktober dengan penuh gah!

Acara amal President's Star Charity (PSC) bakal kembali pada 22 Oktober.

Acara tahun ini bakal diingati memandangkan ia bukan hanya menjanjikan sajian persembahan nyanyian serta tarian, tetapi bahkan akan menampilkan Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam salah satu daripada persembahan tersebut.

Seperti biasa, PSC menyokong pelbagai badan amal di bawah Cabaran Presiden dan bermatlamat untuk menggalakkan orang awam mengumpul dana bagi golongan yang kurang bernasib baik di Singapura. Tahun ini, anda boleh menjangkakan vokalis yang menerima banyak pengiktirafan, Anggun untuk membuat kemunculan sulungnya di PSC, menghiburkan para penonton dengan dendangan lagu termasuk 'Snow On The Sahara' dan 'A Love Before Time'.

Juara Singapore Idol Taufik Batisah juga akan kembali membuat kemunculannya di pentas PSC, dengan membuat persembahan duet bersama penyanyi tenor Opera tempatan Jonathan Charles Tay menerusi lagu 'Your Song' nyanyian asal Elton John.

Sebastian Tan turut menjadi antara barisan artis yang bakal menghiburkan para penonton dengan lagu bahasa Hokkiennya, 'Strive To Win'.

Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan persembahan khas, yang akan menampilkan Presiden Tharman Shanmugaratnam, isterinya, Jane Ittogi dan penulis puisi Stephanie Fam, yang bakal menyampaikan puisi 'Never Let Go'.

Semasa persembahan tersebut, pelakon Zoe Tay juga bakal memainkan gendang 'steel tongue'.

Dalam satu kenyataan media, Encik Tharman berkata: "Setiap President’s Star Charity bukan saja menampilkan himpunan persembahan tetapi kisah-kisah yang membina antara satu sama lain. President’s Star Charity tahun ini mengingatkan kita agar menghormati maruah setiap individu sebagai anak kunci dalam membina masyarakat yang lebih adil dan inklusif."

Para penonton boleh membuat sumbangan kepada PSC dalam mana-mana jumlah dari sekarang sehingga 5 November pada 11.59 malam. Ini boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR, yang akan ditayangkan semasa siaran langsung President's Star Charity atau menerusi pautan sumbangan di laman PSC.

Hasil kutipan derma akan disalurkan kepada 86 badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.

Anda boleh menyaksikan siaran langsung acara tersebut di meWATCH, Saluran 5 dan Mediacorp Entertainment di Youtube oada 22 Oktober dari 7.30 malam hingga 9.30 malam.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita