Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

ABBA fail tuntutan mahkamah terhadap kumpulan Abba Mania dari UK

Kumpulan pop Sweden, ABBA memfailkan tuntutan mahkamah pada Jumaat (3 Dis) terhadap sebuah kumpulan dari Britain, Abba Mania, bagi mengarahkan kumpulan tersebut supaya berhenti mengggunakan nama kumpulan asal itu.

Anggaran Waktu Membaca:
ABBA fail tuntutan mahkamah terhadap kumpulan Abba Mania dari UK

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2021 09:45AM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 09:47AM

NEW YORK: Kumpulan pop Sweden, ABBA memfailkan tuntutan mahkamah pada Jumaat (3 Dis) terhadap sebuah kumpulan dari Britain, Abba Mania, bagi mengarahkan kumpulan tersebut supaya berhenti mengggunakan nama kumpulan asal itu.

Dalam aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Manhattan, para peguam ABBA menuduh pengurus Abba Mania "bertindak seperti parasit dan berniat jahat" dengan memperdagangkan prestij dan nama baik ABBA semata-mata untuk mempromosikan Abba Mania.

ABBA menyatakan pihak defendan juga mengabaikan tuntutan supaya berhenti menggunakan nama Abba Mania di media sosial, YouTube dan laman abbamania.com atau menerima saranannya supaya menggunakan nama "ABBA Tribute" dengan cara yang tidak akan mengelirukan orang ramai.

Para defendan korporat termasuk Handshake Ltd dari Manchester, England dan TAL Entertainment Ltd dari Bicester, England.

Kedua-dua pihak tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen di luar waktu pejabat pada Jumaat.

Tuntutan mahkamah atas pelanggaran tanda dagangan ABBA dibuat menjelang konsert jelajah Abba Mania di Amerika Syarikat, yang dinamakan "The Original Tribute from London's West End!".

Antara tempat-tempat yang bakal dikunjungi kumpulan itu termasuk Middletown, New York pada Februari 2022, yang terletak sekitar 90 minit dari Manhattan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan