Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Abang Long Fadil 3 raih RM18 juta dalam 11 hari

Penerbit Yusof Haslam meluahkan rasa syukur atas kutipan memberangsangkan bagi Abang Long Fadil 3, yang turut diarahkan anaknya, Syafiq Yusof.

Anggaran Waktu Membaca:
Abang Long Fadil 3 raih RM18 juta dalam 11 hari

Poster Abang Long Fadil 3. (Gambar: Instagram/Syafiq Yusof)

KUALA LUMPUR: Filem komedi aksi Abang Long Fadil 3 berjaya meraih kutipan RM18 juta (S$5.6 juta) selepas 11 hari tayangan di pawagam.

Filem yang diarahkan Syafiq Yusof serta diterbitkan Skop Productions dan Astro Shaw itu dibintangi Zizan Razak dan Johan sebagai watak-watak utama, lapor BH Online.

Penerbit Yusof Haslam meluahkan rasa syukur atas kutipan memberangsangkan bagi francais ketiga Abang Long Fadil itu.

"Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media dan tinjauan menerusi siri jelajah diadakan, kami mendapati rata-rata penonton yang memberi sokongan daripada golongan sudah berkeluarga.

"Saya bersama rakan penerbit, Astro Shaw mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudah menonton filem arahan Syafiq ini," katanya kepada BH Online.

Fadil, lakonan Zizan, bertindak sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara yang cuba menjatuhkan watak jahat Chow Han, yang dimainkan Johan.

Pada masa yang sama, Fadil turut diburu King Cobra, lakonan AC, atas dasar dendam.

Hanya selepas sehari ditayangkan, Abang Long Fadil 3 sudahpun berjaya meraih RM3 juta (S$930,000) di hampir 160 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Sebelum ini, Abang Long Fadil 2 mencatat kutipan lebih RM18 juta pada 2017, menurut BH Online.

Sekuel ketiga kali ini yang menelan belanja RM6 juta (S$1.9 juta) juga menampilkan Maya Karin, Elizabeth Tan, Shuib Sepahtu, Ozlynn Wati dan Tania Hudson.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan