Skip to main content

Hiburan

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM10 juta selepas 5 hari ditayangkan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem tersohor, Yusof Haslam berkongsi rasa syukur kerana filem terbaru terbitan syarikat produksinya, Skop Production iaitu Abang Long Fadil 3 meraih kutipan penjualan tiket sebanyak RM10 juta (S$3 juta) setakat pukul 12.00 tengah hari Isnin (12 Sep).

Encik Yusof menghargai sambutan penonton yang menyokong filem itu sejak hari pertama ditayangkan pada 8 September lalu.
"Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.

“Sejak ditayangkan, kami menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (12 Sep).

Abang Long Fadil 3 berkisar Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun pada masa yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam lalu.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan lakonan Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita