Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron Aziz sahkan dibuang dari filem Syamsul Yusof

Anggaran Waktu Membaca:
Aaron Aziz sahkan dibuang dari filem Syamsul Yusof

(Gambar: Petikan skrin video media sosial)

KUALA LUMPUR: Pelakon asal Singapura Aaron Aziz mengesahkan bahawa dirinya tidak lagi terlibat dalam Original Gangster, arahan Syamsul Yusof, lapor Astro Awani.

“Saya bukan tarik diri tapi dibuang,” kongsi beliau.

Namun demikian, Aaron enggan mendedahkan punca beliau dibuang daripada filem itu kerana "enggan membuka aib sesiapa".

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” jelas beliau semasa ditemui di majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada malam kelmarin.

Aaron juga tidak mahu mengulas mengenai sebarang perselisihan faham antara beliau dengan Syamsul Yusof.

“Selisih faham itu.. yang faham itu faham sajalah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

“Apapun saya doakan yang terbaik,” jelasnya dalam laporan Astro Awani.

Aaron sebaliknya kini sedang membintangi filem Sheriff, terbitan Skop Production, arahan Syafiq Yusof.

Filem tersebut juga dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan