Aaron Aziz rindu berkumpul dengan isteri, anak-anak pada Aidilfitri selepas sekian lama berjauhan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: aarondwiaziz/Instagram
SHAH ALAM: Pelakon Aaron Aziz rindu berkumpul dengan keluarga selepas sekian lama berjauhan dengan isterinya, Diyana Halik dan tiga orang cahaya matanya.
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, beliau berharap dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka sempena Hari Raya ini.
"Raya tahun lalu agak berat sebab kali pertama beraya tanpa arwah ibu. Jadi, Raya tahun ini dapat berjumpa isteri, anak-anak dan keluarga pun sudah cukup membuatkan saya gembira.
"Istimewa beraya di Singapura apabila ada keluarga. Tapi, saya akui sambutan tahun ini agak istimewa sebab saya sudah lama berjauhan daripada keluarga.
"Isteri sibuk berniaga dan kerap berulang-alik ke Singapura. Jujurnya, saya tak sempat berbuka puasa seisi keluarga, tahun ini," katanya kepada BH Online.
Bintang filem 'The Experts' itu berkata anak sulungnya, Danish Anaqi kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara manakala Dwi Ariani pula belajar di kolej.
"Kini, saya tinggal bersama si bongsu, Dahlia Arissa sahaja.
"Diyana pula sibuk urus perniagaan, jadi saya berharap dapat berkumpul sesi keluarga pada Syawal ini," katanya, dipetik daripada BH Online.
Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Dalam perkembangan lain, Aaron sibuk berniaga dalam samping 'instant' yang memudahkan kaum Adam bersiap dan berkunjung-kunjungan pada Hari Lebaran.
"Ini tahun kelima saya berniaga samping, tapi kami berhenti seketika pada fasa pandemik COVID-19 memandangkan tiada bazar yang dijalankan.
"Sebenarnya, saya lebih fokus berniaga samping di pasaran Singapura, cuma tahun ini bila kami lancarkan semula, saya cuba masuk pasaran Malaysia.
"Alhamdulillah, sambutan di Singapura sangat bagus. Idea samping ini bukan mahu kelihatan klasik sahaja, tapi memudahkan.
"Sebab saya sendiri pakai samping bila sampai rumah kedua atau ketiga. Selepas itu, sudah malas, jadi bila buat samping 'instant' memudahkan untuk kaum lelaki memakai," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts, baru-baru ini, menurut BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.