Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron Aziz positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Aktor popular kelahiran Singapura,Aaron Aziz mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Pengumuman dibuat Aaron yang juga pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2013 itu menerusi hantaran dalam akaun Instagram (IG), pada pagi Ahad (27 Feb), seperti dinukil BH Online.

Menerusi hantaran dimuat naik yang memaparkan video alat ujian saringan kendiri COVID-19 menunjukkan keputusan positif dan dilatari bacaan ayat suci al-Quran.

"Selepas pelakon lain kena, hari ini, saya pula kena.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan, lindungi isteri dan anak-anak serta orang kuat yang selalu berada di sebelah ke mana-mana saya pergi," tulis beliau.

Sementara itu, isteri Aaron, Diyana Halik ketika dihubungi BH Online, memaklumkan keadaan suaminya stabil dan tidak menunjukkan sebarang gejala yang membimbangkan.

"Alhamdulillah, setakat ini, suami tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Berdasarkan keputusan kit ujian kendiri positif, namun, kami masih menanti keputusan ujian dibuat menerusi kaedah Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang akan keluar esok," katanya kepada BH Online.

Diyana berkata, dia dan anak-anaknya disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan kendiri.

"Buat masa ini, kami didapati negatif. Insya-Allah, doakan kami," ungkap beliau.

Perkongsian dibuat pelakon yang sedang hangat diperkatakan menerusi drama "Suamiku Seorang Pendosa" itu turut mendapat perhatian pengikut dan rakan artis.

Antaranya, Tiara Jacquelina, Alif Satar, Elvina Mahamad dan Siti Elizad.

Rata-rata mendoakan semoga Aaron tabah menghadapi ujian dan diberikan kesembuhan segera.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan