Aaron Aziz dedah wajah, suaranya disunting AI bagi perdaya mangsa penipuan cinta
Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Aaron Aziz mendedahkan dirinya beberapa kali berdepan isu penyamaran dan penipuan cinta apabila wajah serta suaranya disunting menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperdaya wanita.
Aaron berkata, kegiatan itu semakin membimbangkan apabila sindiket terbabit berjaya memanipulasi video miliknya sehingga seolah-olah mangsa sedang melakukan panggilan video bersamanya, seperti dinukil laporan BH Online.
"Saya sendiri sudah beberapa kali mengalami situasi sebegini. Untuk kes 'love scam' sahaja, sudah tiga kali individu tidak bertanggungjawab menggunakan wajah saya.
"Mereka ambil dan sunting semula video saya sehingga kelihatan seperti saya sedang berbual atau bercinta dengan mangsa," katanya ditemui pada sesi temu bual filem Banduan, di Petaling Jaya pada Sabtu (29 Nov).
Menjelaskan modus operandi sindiket, Aaron, 49 tahun, percaya video miliknya termasuk siaran langsung di media sosial disalin dan disunting semula untuk dijadikan panggilan video palsu.
"Mungkin mereka ambil daripada sesi 'live' saya. Bila saya buat 'live', mereka muat naik semula dan tampal video itu supaya nampak seperti panggilan video sebenar," katanya.
Menurut bintang utama Banduan itu, mangsa kebiasaannya wanita berusia, kesunyian atau tinggal bersendirian, sekali gus mudah terpedaya apabila melihat wajah selebriti digunakan sebagai profil palsu.
"Apa yang kita tahu, sasaran mereka biasanya wanita berusia yang sunyi, mungkin janda atau hidup seorang diri.
"Bila mereka nampak gambar saya digunakan sebagai selebriti, mereka mudah percaya dan akhirnya terpedaya. Ada yang sanggup serah duit, buat pinjaman bank dan macam-macam lagi," katanya.
Dalam masa sama, Aaron turut melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku kebocoran maklumat peribadi, termasuk nombor telefon, lapor BH Online.
"Saya tidak pasti bagaimana mereka dapat nombor telefon. Mustahil boleh teka secara rawak. Sudah tentu ada pihak yang menyalurkan maklumat," dakwanya.
Tahun lalu, Aaron pernah dilapor menjadi mangsa penipuan membabitkan sindiket pengurusan Tabung Haji dengan kerugian lebih RM140,000 (S$44,000).
Beliau juga pernah membuat laporan polis terhadap empat akaun Instagram yang menggunakan suara dan gambarnya untuk tujuan penipuan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.