Aaron Aziz buat aduan polis; dakwa suara, fotonya dimanipulasi sindiket penipuan guna AI
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: aarondwiaziz/Instagram
SHAH ALAM: Aaron Aziz membuat aduan polis terhadap pemilik akaun TikTok yang dipercayai menggunakan suara dan foto dirinya melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh sindiket penipuan.
Aaron atau nama penuh, Aaron Mustapha Aziz turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perbuatan sama.
"Selepas buat laporan polis, mereka kata saya kena rujuk kepada MCMC. Sekarang, belum ada apa-apa perkembangan lagi.
"Proses ini mengambil masa sebab MCMC hendak kesan alamat protokol internet (IP). Saya ada hantar wakil ke kilang terbabit dan mereka beritahu, ada ramai ejen dan ahli gabungan.
"Pihak terbabit menggunakan suara dan foto saya untuk menjual kemeja-T jenis polo. Ibaratnya, saya yang bercakap, tetapi, bukan saya," katanya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa dan sidang media filem 'The Experts' di Glenmarie Hotel & Golf Resort pada Sabtu (30 Mac), dipetik agensi berita BH Online.
Aaron menyedari perbuatan itu apabila ada pengguna bertanya mengenai produk terbabit dan apakah beliau memiliki kilang baju.
"Ketika kali pertama berlaku, saya sudah beri amaran. Ketika itu, dia padam dan sekarang, buat balik," katanya, lapor BH Online.
Baru-baru ini, Aaron membintangi filem 'The Experts' yang berkisar sekumpulan adik-beradik perompak.
Selain Aaron, 'The Experts' turut menampilkan Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su dan Hasnul Rahmat. Filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam di Malaysia mulai 23 Mei.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.