Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron Aziz beri penjelasan selepas dikecam muat naik video ular sawa atas sangkar kucing

Anggaran Waktu Membaca:
Aaron Aziz beri penjelasan selepas dikecam muat naik video ular sawa atas sangkar kucing

Gambar: TikTok/therealaaronaziz

KUALA LUMPUR: Sebagai pencinta kucing dan memiliki sembilan kucing peliharaan, pelakon dari Singapura, Aaron Aziz mendedahkan tidak tergamak menganiaya haiwan comel itu.

Ini berikutan pelakon filem 'Abang Long Fadhil' itu menerima kecaman hebat apabila membuat video live ular sawa di atas sangkar anak kucing.

Malah, tindakannya turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) yang menegur perbuatannya yang disifatkan tidak sensitif dengan persekitaran dan boleh mengundang trauma kepada kucing, lapor BH Online.

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 itu tampil menjelaskan perkara yang berlaku menerusi video selama hampir empat minit di Instagram miliknya pada Selasa (9 Mei).
Aaron mengakui kesilapannya dan memberi alasan beliau berbuat demikian kerana teruja kali pertama berlakon bersama ular.

Namun, katanya, sebelum melakonkan babak berkenaan, dia beberapa kali bertanya kepada pemilik ular adakah tindakan meletakkan ular atas sangkar akan membahayakan kucing.

"Silap saya buat 'live', tetapi ini kali pertama saya berlakon dengan ular, jadi saya terlalu ghairah.

"Benda yang tiada dalam video adalah saya bertanya berkali-kali kepada pemilik ular, kucing macam mana? Tidakkah ular akan mengganggu kucing.

"Tetapi menurut pemilik ular, tidak. Ini kerana ular hanya makan arnab dan sepanjang ular berada atas sangkar, saya dapat lihat ibu kucing langsung tidak menunjukkan reaksi terancam seperti mengeluarkan bunyi 'hiss', manakala anak-anaknya pula tidur dengan lena," jelas Aaron.

Tambah Aaron, sepanjang penggambaran matanya tidak lepas daripada memerhatikan kucing-kucing bagi memastikan haiwan itu selamat.

"Lagipun, kami ada 11 orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kucing dan ular sepanjang di lokasi.

"Anda tidak nampak macam mana berkali-kali saya bertanya kepada pengarah sama ada kucing itu okay atau tidak.

"Malah, ada satu benda pengarah minta saya lakukan, tetapi saya tidak sampai hati hendak buat, tetapi orang tidak tahu. Sebaliknya, orang hanya tahu mengecam sahaja," luah Aaron.

Ujar Aaron lagi, beliau menerima cemuhan sekiranya ada yang ingin memaki dan mengatakannya bodoh.

"Saya ada sembilan ekor kucing peliharaan, jadi tidak mungkin saya sanggup menzalimi mereka," katanya lagi, lapor BH Online.

Aaron turut menjelaskan mengapa beliau mengucapkan rasa syukur dalam video itu.

Menurutnya, beliau lega terselamat selepas melakukan aksi dililit ular pada leher.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan