Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

987 Star cungkil bakat jadi DJ; hadiah wang tunai S$5,000 & kontrak radio menanti anda

Anggaran Waktu Membaca:
 987 Star cungkil bakat jadi DJ; hadiah wang tunai S$5,000 & kontrak radio menanti anda

987 STAR akan dihoskan oleh DJ 987 Sonia Chew dan Joakim Gomez. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Apr 2025 03:18PM Dikemas Kini : 02 Apr 2025 03:20PM
SINGAPURA: Jika anda berbakat untuk menjadi DJ, Mediacorp sudah melancarkan pencarian bakat terbaharu, 987 STAR. Ini masanya untuk anda mencuba nasib.

Stesen radio Mediacorp 987 sedang mencari "seseorang yang hebat dalam semua jenis media, ada suara unik, menarik, dan pandai membuat kandungan media sosial" dengan uji bakat diadakan sehingga 27 April.

Dihoskan oleh DJ Sonia Chew dan Joakim Gomez, peraduan itu dijangka mencungkil bakat-bakat tersembunyi, sekali gus menjadi batu loncatan bagi kerjaya mereka, seperti yang dilalui pemenang dan DJ radio Ann Nicole, Kimberly Wang dan Sonia Chew.

Para peserta yang disenarai pendek akan menyertai 'bootcamp' oleh para personaliti 987 Mediacorp dan pakar industri, untuk menajamkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan, mencipta kandungan, bercakap di depan khalayak ramai dan mengukuhkan jenama peribadi.

Mereka juga akan melalui beberapa cabaran yang bertujuan untuk menyerlahkan karisma, kreativiti dan kemahiran mendampingi pendengar.

Pertandingan itu akan sampai ke kemuncaknya dalam 'Ultimate Showdown', iaitu peringkat akhir pertandingan tersebut di 313@Somerset pada 31 Mei, di mana lima peserta teratas akan berentap merebut gelaran DJ itu.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai S$5,000 dan kontrak dengan Mediacorp.

Pertandingan ini dibuka kepada rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berusia 18 hingga 28 tahun.

Jika anda berminat, anda dipelawa untuk membuat permohonan menerusi mediacorp.sg/987star dengan memuat naik video memperkenalkan diri anda dan berkongsi mengapa anda layak menjadi 987 Star.

Mereka yang disenarai pendek akan dimaklumkan menjelang 28 April.

Pertandingan itu akan disiarkan di TikTok 987 Mediacorp, YouTube Mediacorp Entertainment dan platform penstriman digital Mediacorp mewatch.

Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk lebih banyak maklumat, sila lungsuri mediacorp.sg/987star.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan